Pulau Pinang Teruskan Rumah Terbuka Aidilfitri Secara Sederhana

LocalPolitics
12 Mar 2026 • 6:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pulau Pinang Teruskan Rumah Terbuka Aidilfitri Secara Sederhana

GEORGE TOWN, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri di negeri itu secara sederhana meskipun terdapat saranan untuk tidak menganjurkan majlis sedemikian bagi agensi kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan tiada penganjuran rumah terbuka bagi agensi kerajaan sebagai langkah penjimatan bagi mendepani kesan konflik di Asia Barat.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata setakat ini kerajaan negeri belum menerima sebarang pekeliling rasmi daripada Ketua Setiausaha Negara mengenai saranan tersebut.

"Secara peribadi, saya rasa kerana masa pun begitu dekat, majlis pun sudah diaturkan dan surat jemputan pun sudah dikeluarkan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pun belum sempat bincang isu ini secara rasmi.

​"Namun, majlis yang dianjurkan bersama oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dengan Kerajaan Negeri adalah satu tradisi untuk menyantuni rakyat dan selama inipun ia dilaksanakan secara sederhana, bukan mewah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baca juga:

Mengulas mengenai sambutan di peringkat jabatan dan agensi negeri, Chow menasihatkan agar penganjuran dibuat secara dalaman atau berkonsepkan 'potluck' bagi menjimatkan kos.

​Beliau turut menekankan kepentingan platform seperti rumah terbuka dalam mengukuhkan perpaduan kaum, terutamanya ketika berdepan dengan cubaan pihak ekstremis yang mahu memecah-belahkan masyarakat.

​"Platform ini penting untuk membawa rakyat bersama-sama memupuk semangat perpaduan. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, majlis kecil-kecilan ini berfungsi sebagai ruang untuk rakyat berkumpul dan meraikan kebersamaan," katanya.