Pulau Sibuan ditutup selepas penemuan objek berupa bom

LocalEnvironment
8 Jan 2025 • 9:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Taman-Taman Sabah (TTS) pada Selasa mengeluarkan notis untuk menutup sementara Substesen Pulau Sibuan, Taman Laut Tun Sakaran, bagi tujuan keselamatan berikutan penemuan objek berupa bom.

Objek itu dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua. Penutupan itu, bermula Selasa sehingga keadaan benar-benar selamat, diumumkan menerusi laman Facebook Taman-Taman Sabah.

AdvertisementTTS juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Supt Mohd Sabri Zainol berkata objek itu dipercayai bom. Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada objek itu adalah bahan letupan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata TTS telah mengambil tindakan awal dengan menutup sementara kawasan dan membuat laporan polis.

“Kami akan mendapat pengesahan daripada unit pemusnah bom Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.