Puluhan Cedera Dalam Letupan Stesen Minyak Di Rom 

4 Jul 2025 • 5:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Puluhan Cedera Dalam Letupan Stesen Minyak Di Rom

Sekitar 30 orang cedera dalam satu letupan besar di sebuah stesen minyak di kawasan pinggir bandar Rom pada Jumaat, menurut Datuk Bandar Roberto Gualtieri.

Namun begitu, difahamkan bahawa kebanyakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan, tambah beliau.

Beliau memaklumkan bahawa sembilan anggota penguat kuasa dan kira-kira 20 orang awam cedera dalam letupan awal pagi itu.

Letupan berkenaan turut menggegarkan tingkap-tingkap bangunan di kawasan sekitar.

https://x.com/XNews24_7/status/1941057120293863653

Sumber: AFP