SANDAKAN: Gelombang tuntutan keadilan terhadap kes kematian pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, terus bergema di Sabah apabila puluhan ribu orang menyertai siri perhimpunan aman #JusticeForZara yang berlangsung termasuk di Sandakan, Tawau dan Kunak sepanjang hujung minggu lalu.
Di sini, kira-kira 20,000 orang berhimpun di Padang Bandar Sandakan pada Ahad malam dalam acara Aksi Vigil 2.0 Justice For Zara anjuran Sekretariat Solidariti Zara. Hadirin bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan, tetapi turut disertai peserta dari Beluran, Kinabatangan, Telupid dan Lahad Datu.
Hujan yang turun tidak menghalang ribuan hadirin daripada terus berada di lokasi, manakala 200 kenderaan dan motosikal berkonvoi ke padang berkenaan. Jurucakap penganjur, Saddam Hussin Kussin, 34, mengucapkan penghargaan kepada orang ramai, 12 badan bukan kerajaan (NGO), polis serta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang memastikan kelancaran acara.
“Kita hadir dengan satu tujuan iaitu menuntut keadilan untuk Zara,” katanya.
Di TAWAU, ribuan lagi menyertai Himpunan Solidariti Rakyat dan Perarakan Besar #JusticeForZara 2.0 anjuran Ikatan Anak Muda Tawau (Ikat) pada malam sama.
Perarakan bermula dari Masjid Waqaf Ahmad Bin Daing Mapata menuju ke pekarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), dengan lori kontena besar turut mengambil bahagian memaparkan pelbagai mesej solidariti.
Perhimpunan yang berlangsung hampir dua jam itu menyaksikan peserta berpakaian serba hitam, membawa sepanduk dan kain rentang mengecam budaya buli serta menuntut keadilan.
Sorakan dan bunyi hon kenderaan menambahkan kehangatan suasana yang dipenuhi pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya.
Pemidato pertama, Timbalan Presiden Ikat Khairul Abidin, menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera merombak dasar bagi melindungi pelajar daripada ancaman buli. Desakan lain termasuk gesaan supaya Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, meletakkan jawatan jika gagal menangani isu tersebut.
“Kes Zara adalah kemuncak kepada masalah yang tidak ditangani dengan serius. Kami mahu jawapan yang jelas,” ujar salah seorang aktivis.
Ikat sebelum ini menganjurkan dua himpunan serupa di Tawau, dan kali ini pada 31 Ogos lalu sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah.
Di KUNAK, ribuan orang membanjiri Padang Pekan Kunak pada Sabtu malam dalam program Solidariti Keadilan Untuk Zara yang dianjurkan gabungan lebih 20 NGO. Koordinator program, Kasman Karate, berkata penganjur menyambut baik penyertaan masyarakat tanpa mengira fahaman politik.
“Kita berhimpun atas semangat solidariti. Hasrat kita jelas – pihak berwajib perlu tampil memberi penjelasan dan maklumat tepat mengenai isu ini,” katanya, sambil menegaskan bahawa naratif tidak betul dari sumber tidak sahih hanya menimbulkan persepsi dan fitnah.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku serta bacaan doa, sebelum ketua-ketua NGO menyampaikan ucapan ringkas.
Antara pemimpin yang hadir termasuk Adun Kunak, Datuk Norazlinah Arif; Exco Pemuda BN, Dato’ Sri Anil Sandhu; serta wakil Warisan dan PAS. Mereka semua berpakaian hitam sebagai tanda solidariti merentas parti politik.
Laungan “Justice For Zara” kedengaran di setiap sudut padang. Walaupun hujan turun di penghujung acara, sebahagian peserta tetap tidak berganjak.
Di Kunak sahaja, ini merupakan kali ketiga program solidariti seumpama itu diadakan sepanjang Ogos, selepas dua perhimpunan terdahulu di Dataran Uptown Kunak (13 Ogos) dan Dataran Boheyan Plaza (16 Ogos).
Kematian Zara pada 17 Julai lalu, yang dikaitkan dengan isu buli di sekolah, mencetuskan kebimbangan ibu bapa serta desakan masyarakat agar siasatan telus dilakukan dan tindakan tegas diambil bagi mengelak tragedi sama berulang.
Di KUDAT, suara menuntut keadilan untuk Zara kian membara dengan kehadiran lebih 10,000 membanjiri Padang Bandaran Kudat dalam program solidariti pada malam Ahad lalu sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025.
Perhimpunan Solidariti dan Keadilan 2.0 anjuran bersama 15 gabungan aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kudat itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur, termasuk dari daerah berhampiran seperti Kota Marudu, Kota Belud, Matunggong dan Pulau Banggi, demi menuntut keadilan serta menolak keras jenayah buli.
Perhimpunan kali ini juga menyaksikan orang ramai memakai pakaian berwarna hitam, memegang kain rentang dan kad plakad dengan tulisan tanda pagar #JusticeforZara, sambil menyalakan lampu telefon serta melaungkan ‘Justice for Zara’.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Sabah Tanah Airku’, disusuli bacaan ikrar Rukun Negara dan doa pada jam 8.30 malam. Acara diteruskan dengan pelbagai pengisian program termasuk bacaan puisi.
Mewakili pihak penganjur, Pengerusi Pertubuhan Advokasi Anti Rasuah Sabah (SAC) Abidin Mohd Alam berkata, sebagaimana perhimpunan sebelum ini, kesinambungan solidariti menuntut keadilan untuk Zara itu berjaya diadakan secara aman dan baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Abidin berkata, Kudat juga membuktikan bahawa sokongan dan solidariti demi menuntut keadilan adalah jelas, dan tujuan mereka berhimpun adalah sebagai simbol perjuangan menentang sekerasnya jenayah buli serta menolak ketidakadilan.
Antara NGO yang berganding bahu menjayakan perhimpunan itu adalah Persatuan Kebajikan Generasi Kudat, Kelab Belia Tanjong Kapor, Persatuan Veteran Tentera Malaysia Daerah Kudat, Persatuan Veteran Komando Malaysia Zon Kudat, Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan beberapa NGO lain di kawasan Kudat.