“Cringe Gila Lagu Tu! Cukuplah Sedekahkan Al-Fatihah Je” – Ramai Mula ‘Benci’ Dengan Lagu “Justice For Zara”?

LocalEntertainment
20 Aug 2025 • 4:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, kes melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Sabah iaitu Allahyarham Zara Qairina sememangnya menjadi perhatian satu Malaysia, hinggakan rakyat membuat himpunan solidariti bagi menegakkan keadilan.

Bukan itu saja, malah ada juga individu yang menulis sebuah lagu berjudul “Justice For Zara” dengan menggunakan AI sebagai penyanyi untuk lagu terbabit dan kini popular di setiap platform, termasuk radio.

Walaupun ramai yang menggunakan lagu tersebut sebagai tanda solidariti, tetapi terdapat beberapa individu yang meluahkan rasa kurang senang apabila mendengar lagu terbabit.

image is not available

Menurut mereka, lagu tersebut terlalu menjengkelkan dan membuatkan mereka mula berasa benci.

Dalam pada masa yang sama, mereka merasakan lebih baik jika orang ramai sedekahkan doa atau Al-Fatihah buat arwah, di mana ia lebih bermanfaat serta yang mendengar juga mendapat pahala.

image is not available 2025-08-13 08:47:05

“Lirik 100 Peratus Tulis Sendiri..” - Ini Rupanya Pencipta Lagu ‘Justice For Zara’