PUMA Lancar Jersi Baharu Harimau Malaya 2026/27, Kekalkan Identiti Hitam Kuning

LocalFootball
21 Sep 2026 • 5:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PUMA Lancar Jersi Baharu Harimau Malaya 2026/27, Kekalkan Identiti Hitam Kuning

PUMA Malaysia bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan Jersi Home dan Away Harimau Malaya bagi musim 2026/27 dengan mengetengahkan tema “Inilah Warna Kita”.

Jersi baharu itu masih mengekalkan warna ikonik Hitam Kuning yang sinonim dengan Harimau Malaya, selain membawa elemen yang menggambarkan semangat dan perpaduan penyokong bola sepak negara.

Image from: PUMA Lancar Jersi Baharu Harimau Malaya 2026/27, Kekalkan Identiti Hitam Kuning

Jersi Home diinspirasikan daripada corak belang harimau yang melambangkan kekuatan, ketangkasan dan keberanian, selari dengan identiti Harimau Malaya.

Image from: PUMA Lancar Jersi Baharu Harimau Malaya 2026/27, Kekalkan Identiti Hitam Kuning

Sementara itu, jersi Away tampil dalam rona biru navy dengan corak celoreng, mengambil inspirasi daripada warna biru pada Jalur Gemilang. Reka bentuk itu mengetengahkan elemen perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia.

Image from: PUMA Lancar Jersi Baharu Harimau Malaya 2026/27, Kekalkan Identiti Hitam Kuning
Image from: PUMA Lancar Jersi Baharu Harimau Malaya 2026/27, Kekalkan Identiti Hitam Kuning

Selain reka bentuk baharu, kedua-dua jersi turut dilengkapi teknologi prestasi PUMA bagi memberikan keselesaan dan kebebasan bergerak ketika beraksi.

Antara teknologi yang digunakan ialah:

  • ULTRAWEAVE – fabrik ultra-ringan yang direka untuk pergerakan lebih bebas.

  • dryCELL – membantu mengalirkan peluh supaya pemakai kekal kering dan selesa.

  • ThermoAdapt – membantu mengawal haba bagi mengekalkan keselesaan ketika suhu badan berubah.

  • Menurut Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan, koleksi baharu itu menggabungkan identiti bola sepak Malaysia dengan teknologi prestasi PUMA.

    “‘Inilah Warna Kita’ meraikan warna yang telah sebati dengan identiti bola sepak Malaysia serta kebanggaan yang dikongsi bersama rakyat Malaysia,” katanya.

    Harga dan tempat jualan

    Jersi PUMA FAM Harimau Malaya 2026/27 kini boleh didapati pada harga:

    • Jersi Authentic dewasa: RM549

    • Jersi Replica dewasa: RM319

  • Jersi Junior: RM269

  • Ia boleh dibeli menerusi PUMA.com, Kedai PUMA, Al-Ikhsan dan Football Republic.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved