Turun latihan, Faisal Halim dipuji kental – “Pagi pergi mahkamah, malam training”

LocalFootball
3 Sep 2025 • 12:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemain tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim terus menjadi perhatian ramai setelah isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, semalam.

Dipuji kental kawal emosi

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram @malaysia_nt, Faisal dilihat tetap turun menjalani latihan pada sebelah petang bersama skuad kebangsaan biarpun masih berdepan dengan krisis rumah tangga.

Instagram will load in the frontend.

“Skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski menjalani sesi latihan kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi menjelang perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Singapura pada Khamis, 4 September 2025,” jelasnya.

Dalam perkongsian itu, Faisal dilihat ceria menjalani latihan tanpa sebarang alasan membabitkan isu peribadi yang sedang dilaluinya kini.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet menitipkan kata-kata semangat supaya pemain bola sepak itu terus kuat berdepan dengan segala ujian hidup dan mendoakan agar urusan rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik.

Malah ada juga yang memuji Faisal seorang yang komited menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang pemain daripada skuad Harimau Malaya dan bijak mengawal emosi tanpa mencampurkannya ketika berada di atas padang.

Pagi mahkamah malam latihan

image is not available

Memang kental

image is not available

Selalu positif sahaja

image is not available

Untuk rekod, Faisal mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil perkongsian hidup selama enam tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Instagram malaysia_nt