“Punca Orang Muda Kena Heart Attack, ‘Pembunuh Senyap’..” – Topik Bersukan Waktu Malam ‘Panas’ Di Media Sosial

16 Jan 2024 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, laporan daripada Sinar Harian berkata gaya hidup anak muda waktu ini yang gemar bersukan pada waktu malam boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Fitrah badan tak dicipta bersuka waktu malam

Di platform X, seorang pengguna memuat naik video memaparkan beberapa orang anak muda bersukan pada waktu malam dan meminta pandangan orang ramai.

Beberapa netizen kurang bersetuju melakukan aktiviti lasak pada waktu malam dan merasakan ia bertentangan dengan fitrah manusia kerana buat sesuatu perkara tak kena masa.

Hanya waktu malam ‘free’ untuk beriadah

Namun begitu, ada juga beberapa netizen memberi pandangan bahawa waktu malam saja yang membolehkan mereka untuk bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.

Ia kerana pada waktu siang bawa ke petang, masa mereka hanya dipenuhi dengan kerja di pejabat serta berada di atas jalan raya untuk pulang ke rumah.

Cukup rehat, jaga makan, ada tenaga

Bahkan, ada juga yang berkata tidak salah untuk bersenam pada waktu malam jika seseorang itu menjaga pemakanan, sudah rehat secukupnya serta masih mempunyai tenaga untuk bersenam tanpa memaksa diri.

Pendapat korang macam mana? Ok ke tak ok bersenam pada waktu malam?

image is not available 3 months ago

Warganet Tegur & Nasihat Cik B Untuk Diet, Jaga Berat Badan Takut Penyakit Datang - "Macam Terlalu 'Overweight' Ni"