“Punya besar signboard no entry” – Pelajar Dedah Ramai Ceroboh Masuk Blue Lagoon Milik UPM

Entertainment
8 Feb 2024 • 3:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tipulah jika tidak tergoda dengan keindahan air sungai yang jernih kebiruan. Di Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang digelar Blue Lagoon dan salah satu lokasi terletak di Bukit Wawasan, Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.

Tapi, Blue Lagoon Bukit Wawasan ini difahamkan tidak dibuka kepada orang awam kerana kawasan itu adalah milik Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk tujuan penyelidikan dan bukan dikategorikan sebagai hutan rekreasi.

Bagaimanapun, belakangan ini dilihat ramai yang mengunjungi Blue Lagoon kerana tertarik dan mahu bermandi-manda di kawasan itu.

image is not available

Ramai dilihat semakin berani memuat naik video dan gambar-gambar berkunjung ke Blue Lagoon walaupun sedia maklum kawasan itu adalah kawasan larangan.

Situasi itu membuatkan salah seorang pelajar UPM rasa kurang senang memandangkan kawasan terbabit hanya boleh dikunjungi jika ada permit yang sah.

Menurutnya, lokasi itu telah pun diletakkan papan tanda besar yang tidak membenarkan orang awam untuk masuk. Namun, masih ada sebahagian individu yang sanggup menceroboh meskipun boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 jika ditangkap.

Jelasnya, tindakan individu menceroboh masuk kawasan itu sebenarnya boleh mengganggu kerja kajian yang dilakukan oleh para pelajar.

Mereka yang menceroboh kawasan itu dilihat tidak mempedulikan teguran malah memintanya untuk chill dan mendakwa mereka hanya berada sekejap sahaja di sana.

image is not available

Netizen yang melihat perkongsian pelajar itu turut mengkritik tindakan individu yang menceroboh kawasan terbabit dan meminta pihak berkaitan untuk mengambil tindakan tegas dengan isu ini.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.