Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang didakwa merupakan anak saudara kepada bekas suaminya, Norman Hakim, selepas individu tersebut meninggalkan komen berhubung kemelut keluarga yang sedang hangat diperkatakan.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Abby dilihat membalas komen individu menggunakan akaun @nanasyahqilla_, yang didakwa mengulas mengenai isu “beg kuning dan oren” yang sebelum ini dikaitkan dengannya.
Advertisement
Abby kemudiannya memuat naik semula komen tersebut sebelum meluahkan rasa tidak puas hati kerana merasakan individu itu cuba memburukkan dirinya.
“Punya jahat mulut anak saudara Norman Hakim ni.”
Dalam perkongsian sama, Abby turut menjelaskan semula kisah lama mengenai dirinya yang pernah melahirkan anak di dalam kereta selepas mendakwa terdapat pihak yang memutarbelitkan cerita sebenar.
Menurut Abby, dia tidak pernah mendakwa bersalin seorang diri, sebaliknya Norman ketika itu kebetulan pulang ke rumah dan membawanya ke klinik selepas dia mengalami sakit bersalin.

Abby turut mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang didakwa cuba mengaitkan perkara lain bagi memburukkan namanya.
Dalam hantaran lain, Abby mendakwa dirinya pernah melalui pelbagai pengalaman pahit sepanjang rumah tangga dahulu, namun memilih untuk tidak menceritakannya kepada keluarga bekas suami kerana enggan mengeruhkan keadaan.
View this post on Instagram

Terdahulu, Abby Abadi mencuri perhatian ramai selepas berkongsi luahan mengenai pelbagai perkara yang dipendam selama ini, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen berhubung konflik keluarganya yang kembali menjadi perhatian di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Menangis Bila Tahu Mama Tak Ada Di Majlis, Saya Tak Tahu Nak Mula Dari Mana" - Marissa Dania Hakim
The post “Punya Jahat Mulut Anak Saudara Norman Hakim Ni” – Abby Abadi Berang Ahli Keluarga ‘Jauh’ Masuk Campur Isu Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






