Punya Lancar Dia Cakap, Slang Sabah Shila Amzah Kena ‘Approved’ Netizen Sabahan

23 Aug 2023 • 3:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Sa mmg auto sabah bila marah” – Shila Amzah

Punya Lancar Dia Cakap, Slang Sabah Shila Amzah Kena ‘Approved’ Netizen Sabahan. TikTok, sebagai salah satu platform paling popular, kerap menjadi tempat para artis berinteraksi dengan peminat dan berkongsi momen-momen personal mereka.

Salah seorang artis yang menjadi perhatian baru-baru ini ialah Shila Amzah, penyanyi yang terkenal dengan suara merdu dan lagu-lagu hitnya.

image is not available
Punya Lancar Dia Cakap, Slang Sabah Shila Amzah Kena ‘Approved’ Netizen Sabahan

Loghat Sabah Shila Amzah sangat lancar dan tepat

Apa yang menarik perhatian kali ini bukanlah suara emas Shila Amzah, tetapi kebolehannya berkomunikasi dengan loghat Sabah.

Semasa membuat siaran langsung di TikTok, Shila Amzah bercakap menggunakan slang Sabah dan ini telah menjadi buah mulut di kalangan netizen, khususnya mereka yang berasal dari Sabah.

image is not available

Rata-rata netizen dilihat memberikan pujian terhadap Shila

Menerusi video yang dimuatnaik semula di Instagram, Shila dilihat bercakap dalam loghat Sabah ketika menitipkan pesanan kepada para lelaki apabila didatangi ‘perampas’

Komen netizen yang mengatakan “Saya approved Sabah dia” menunjukkan betapa kagumnya mereka dengan kefasihan Shila dalam menggunakan slang tersebut.

Bunyi R dia, jelas.

Penggunaan sia/sa utk saya betul.

Sebutan O jadi U, betul.

Dia sebut BUTUL instead of betul tu pun betul.

Bunyi K dia, jelas.

Faham maksud bida.

Lagi cerita menarik, anda boleh baca di pautan bawah: