Pura-Pura Bagi Duit, Sekumpulan Remaja Buli Gelandangan Guna Kayu Besbol Kini Dicekup Polis

6 Jun 2023 • 12:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Difahamkan bahawa kes ini melibatkan tiga kejadian dan tiga mangsa berbeza

Pura-Pura Bagi Duit, Sekumpulan Remaja Buli Gelandangan Guna Kayu Besbol Kini Dicekup Polis. Tiga orang remaja lelaki telah ditangkap dan disiasat dalam kes pukul gelandangan dengan besi pemukul besbol di kawasan bawah jambatan dan pasar raya di Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, menyatakan bahawa pihaknya menemui dua rakaman video di Twitter yang memaparkan empat lelaki dari kawasan itu menaiki sebuah kereta dan memukul seorang gelandangan menggunakan besi pemukul besbol.

image is not available
Pura-Pura Bagi Duit, Sekumpulan Remaja Buli Gelandangan Guna Kayu Besbol Kini Dicekup Polis

Ketiga-tiga suspek, yang berusia 16 tahun dan berasal dari kawasan tersebut, telah ditangkap pada sekitar pukul 3 pagi tadi.

Menurut Cha Hoong Fong, semakan awal menunjukkan bahawa salah satu daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau yang terdiri daripada dua kes.

Polis turut merampas tiga telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Proton Wira bagi tindakan lanjut. Ketiga-tiga suspek kini direman selama tiga hari dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

image is not available

Lihat video di bawah:

Polis masih mencari seorang suspek lagi yang masih bebas dan menjejaki semua mangsa yang terlibat dalam kes ini.

Menerusi laporan dari Kosmo! pihak polis sedang mencari individu yang memukul lelaki yang dipercayai sebagai gelandangan dengan besi pemukul besbol berdasarkan video yang telah tersebar di media sosial.

Cha Hoong Fong juga mengungkapkan bahawa kes ini melibatkan tiga kejadian dan tiga mangsa berbeza. Selain itu, polis masih mencari seorang suspek lagi yang masih bebas dan menjejaki semua mangsa yang terlibat dalam kes ini.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: