Pura-pura teliti 70 gold bar sebelum kebas

11 Sep 2026 • 8:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pura-pura teliti 70 gold bar sebelum kebas

KLANG – Taktik seorang lelaki melarikan 70 kepingan emas (gold bar) bernilai RM150,000 selepas berpura-pura mahu menelitinya tidak bertahan lama apabila dia ditangkap polis kurang 24 jam selepas kejadian, kelmarin.

Suspek berusia 57 tahun ditahan pukul 6.30 petang di sebuah hotel di Brickfields, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, mengajak seorang penghantar barang kemas berusia 28 tahun bertemu di homestay yang disewanya di Taman Sri Andalas kira-kira pukul 10 malam, Selasa lalu.

Katanya, pertemuan itu diadakan atas alasan untuk urusan pembelian emas.

“Apabila mangsa menyerahkan 70 kepingan gold bar kepada suspek untuk diteliti, suspek membawa kesemua emas itu masuk ke dalam bilik.

“Suspek kemudian melarikan diri melalui laluan belakang rumah bersama kesemua gold bar berkenaan dengan anggaran kerugian RM150,000,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau menambah, hasil siasatan kemudiannya membawa penangkapan suspek selain merampas kesemua gold bar yang dilaporkan hilang.

Ujarnya, siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah.

“Suspek telah direman selama empat hari bermula 10 September hingga 13 September ini dengan kes disiasat Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Pura-pura teliti 70 gold bar sebelum kebas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved