Pencuri pura-pura bantu cari telefon hilang sebelum minta RM200

3 Sep 2026 • 1:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pencuri pura-pura bantu cari telefon hilang sebelum minta RM200

MELAKA – Seorang lelaki diberkas selepas dipercayai mencuri telefon bimbit milik seorang wanita sebelum berpura-pura membantu mencarinya dan meminta ‘duit kopi’ di Kampung Morten, di sini, semalam.

Suspek yang berusia 30-an ditahan selepas polis berjaya mengesan mangsa menerusi hantaran tular di laman sosial Threads.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, laporan polis berhubung kejadian kemudian dibuat oleh wanita terbabit pada pukul 2.06 pagi semalam.

Katanya, berdasarkan rakaman dimuat naik mangsa, suspek dipercayai telah mengambil telefon bimbit milik wanita itu sebelum berpura-pura membantu mencarinya.

“Suspek kemudian meminta RM200 sebagai ‘duit kopi’ selepas telefon berkenaan kononnya berjaya ditemuinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujarnya, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 13 rekod kesalahan lampau membabitkan satu kes jenayah dan 12 kes berkaitan dadah.

“Suspek juga pernah beberapa kali ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah dan didapati positif ujian air kencing. Polis kini sedang mendapatkan kerjasama penduduk setempat bagi membantu siasatan termasuk mengenal pasti saksi serta mendapatkan dan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian,” ujarnya.

Katanyq, suspek kini direman selama tiga hari bermula semalam hingga 5 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Pencuri pura-pura bantu cari telefon hilang sebelum minta RM200 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved