Purata kadar pengangguran 2024 Malaysia diunjur kekal pada paras 3.3%, kata MIDF Research

LocalBusiness & Finance
10 Jul 2024 • 3:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Purata kadar pengangguran 2024 Malaysia diunjur kekal pada paras 3.3%, kata MIDF Research

azan

10/07/2024 - 15:51

KUALA LUMPUR 10 Julai - Purata kadar pengangguran Malaysia bagi 2024 dijangka kekal pada paras 3.3%, kata MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata, pasaran tenaga kerja di Malaysia dijangka terus mengukuh pada tahun ini, disokong momentum positif yang stabil dalam ekonomi domestik dan pemulihan selanjutnya dalam perdagangan luar.

Katanya, bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, kadar pengangguran purata ialah 3.3% (2023: 3.4%) manakala tenaga kerja dan guna tenaga meningkat 1.7% (2023: +2.0%) dan 1.9% (2023:+2.4%).

"Purata kadar pengangguran Malaysia dijangka kekal pada 3.3% bagi 2024.

"Kehadiran semula pekerja bukan warganegara dijangka meningkatkan pekerjaan keseluruhan dan mengurangkan kadar pengangguran," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Terdahulu, kedudukan ekonomi yang mengalakkan pada Mei 2024 membolehkan pasaran buruh negara mengekalkan pertumbuhan stabil dengan bilangan tenaga buruh terus mengukuh sebanyak 0.1% menjadi 17.15 juta orang berbanding 17.12 juta pada April lalu.

Beliau berkata, kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada paras 70.3%.

Bilangan penduduk bekerja terus menunjukkan trend menaik, mencatatkan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.1% kepada 16.58 juta orang, berbanding 16.56 juta orang yang direkodkan pada April 2024 manakala bilangan penganggur pada bulan Mei 2024 berubah sedikit kepada 566,100 orang berbanding 566,400 orang.

MIDF Research berkata, sehingga 2023, pekerjaan bukan warganegara adalah 2.4% lebih rendah daripada tahap pra pandemic.

Katanya, risiko kemerosotan kepada pasaran tenaga kerja Malaysia antara lain adalah pemulihan perdagangan luar yang lebih rendah daripada jangkaan dan terpengaruh dengan harga komoditi global. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved