Purcotton Bawa Gaya Hidup Kapas Premium Ke Malaysia

18 Aug 2025 • 11:06 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Purcotton, kini rasmi dilancarkan di Malaysia dan buat pertama kali memperkenalkan rangkaian produk keperluan harian berasaskan 100% kapas tulen kepada pengguna tempatan.

Sempena pelancaran ini, acara pop-up “Pure Cotton, Pure Comfort” telah pun berlangsung di Oval Concourse, Tingkat LG, 1 Utama Shopping Centre.

Apa Itu Purcotton?

Ditubuhkan pada tahun 2009, Purcotton berpegang kepada prinsip ketulenan, keselesaan dan kelestarian. Nama jenama ini diinspirasikan daripada gabungan perkataan Pure dan Cotton.
Dengan sokongan kepakaran perubatan lebih 34 tahun daripada syarikat induknya, Winner Medical, Purcotton menghasilkan produk keperluan harian bertaraf perubatan, lembut pada kulit, selamat, serta mesra alam.

Antara produk yang popular di seluruh dunia termasuk:

  • Tisu kapas 100% pertama di dunia
  • Tisu basah kapas
  • Produk penjagaan feminin & bayi
  • Keperluan rumah & perjalanan

Produk mereka diperbuat daripada kapas semula jadi 100%, hipoalergenik, bebas bahan kimia keras, dan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk bayi serta mereka yang berkulit sensitif. Selain itu, kapas juga merupakan sumber boleh diperbaharui, mudah terurai, dan mesra alam.

Pelancaran & Panel Eksklusif

Majlis pelancaran pop-up ini turut menampilkan sesi panel bersama:

  • Dr. Kartini Farah Rahim, Pakar Perunding Dermatologi
  • Melissa Tan, Aktivis Kelestarian & Pengacara TV
  • Jestinna Kuan, Ikon Fesyen & Pencipta Kandungan

Mereka membincangkan peranan kapas dalam penjagaan kulit dan gaya hidup sihat.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Inisiatif “The Cotton Commitment”

Purcotton juga melancarkan inisiatif ini sebagai seruan kepada rakyat Malaysia untuk lebih bijak memilih dalam kehidupan seharian, sama ada memilih kapas semula jadi berbanding bahan sintetik, mengamalkan tabiat selamat, atau lebih peka terhadap produk yang digunakan.

Di Mana Nak Dapat Purcotton?

Produk Purcotton kini boleh didapati di:

  • Jaya Grocer
  • Guardian
  • myNews
  • Popular
  • Kedai khusus ibu & bayi

Turut boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari facebook.com/PurcottonMY

View Original Article