Pusat 3S Flagship GAC & AION Dibuka Di Glenmarie

LocalCars
23 Oct 2024 • 8:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengeluar dan pengedar jenama GAC Motor di Malaysia, mengukuhkan rangkaiannya minggu ini dengan pembukaan rasmi Pusat 3S Flagship GAC di Glenmarie, Shah Alam.

Dikendalikan oleh WariTan Automobile Sdn Bhd, cawangan ini menempatkan jenama kenderaan GAC Motor dan AION di bawah satu bumbung. Pusat ini juga merupakan pusat GAC terbesar yang dibuka di Malaysia setakat ini.

Ruang Pameran Luas

image is not availableimage is not available

Kemegahan pusat ini jelas terlihat daripada ruang pamerannya yang luas, terbahagi kepada dua, satu bahagian untuk GAC Motor, dan satu lagi untuk jenama EV AION.

Ruang pameran GAC Motor yang berkeluasan 456 meter persegi boleh memuatkan tiga buah kereta.

Sementara itu, ruang pameran AION pula lebih luas dengan ukuran 644 meter persegi, membolehkan enam buah kereta dipamerkan secara serentak. Bahagian ini turut menempatkan ruang rehat pelanggan dan sudut jualan barangan.

Pusat Servis Berkapasiti Tinggi

image is not available

image is not availableimage is not available

Pusat ini juga menempatkan pusat servis yang besar dengan keluasan 10,878 meter persegi. Ruang yang luas untuk merangkumi 10 ruang servis yang dikendalikan oleh tujuh juruteknik bertauliah, konsultan servis dan pasukan sokongan khas untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh kepada pelanggan.

Stesen Kerja Khas

Bagi keselesaan pelanggan, ruang rehat premier dengan stesen kerja khas berserta plag disediakan untuk memudahkan pelanggan yang ingin bekerja sementara menunggu kenderaan diservis. Turut disediakan ialah bilik permainan kanak-kanak serta sudut kopi untuk memastikan pengalaman menunggu yang lebih selesa.

image is not availableimage is not available

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WTCA, Tan Keng Meng, “Pembukaan Pusat 3S GAC dan AION Glenmarie, serta Pusat 3S sedia ada, menjadi tonggak penting dalam rangkaian kami. Kami mengalu-alukan kehadiran semua pelanggan untuk merasai layanan terbaik GAC Motor dan meneroka barisan kenderaan yang kami tawarkan.”

Waktu Operasi

Pusat 3S Flagship GAC Glenmarie dibuka pada setiap hari bekerja (Isnin–Jumaat) dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam, Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan Ahad serta Cuti Umum dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pusat servis pula beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.