

Regas Premium Auto, pengedar sah 4S untuk jenama BMW dan MINI di Sarawak, kini secara rasmi membuka pintu pusat pameran dan servis yang telah dinaik taraf dengan konsep moden dan canggih, Retail.NEXT, di bandaraya Kuching.
Pusat 4S ini kini tampil lebih selesa dan menawarkan pengalaman yang lebih komprehensif untuk jenama BMW, BMW Motorrad, BMW Premium Selection (BPS) dan MINI.
Kerjasama BMW dan Regas Premium


Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, Regas Premium yang telah menjalinkan kerjasama dengan BMW sejak 2011 memainkan peranan penting dalam memajukan mobiliti elektrik di Sarawak, yang dapat dilihat dengan jelas melalui usaha mereka untuk membangunkan infrastruktur pengecasan di sini.


Nagel turut menambah bahawa Regas Premium menyumbang kepada jualan tahunan kenderaan BMW lebih 500 unit, menunjukkan komitmen mereka kepada jenama tersebut.
Menjanjikan Pengalaman Premium
Pengarah Urusan Regas Premium Auto Kuching, Gavin Tay berkata bahawa rekaan moden pusat pameran yang dinaik taraf ini memberikan pengalaman premium yang unik kepada pelanggan.
“Kami teruja untuk memperkenalkan ruang yang telah diperbaharui, menampilkan konsep Retail.NEXT yang memberikan pengalaman eksklusif kepada pelanggan kami,” ujarnya.


Pusat 4S seluas 5,670 meter persegi ini turut menampilkan kemudahan seperti bar, ruang santai/menunggu, sudut warisan yang mempamerkan BMW 700 Coupe klasik serta fasiliti pengecasan kenderaan elektrik AC dan DC.
Selain itu, turut disediakan ialah ruang penyerahan, Reception at the Car (RATC), Grand Klasse Lounge dan ruang BMW Lifestyle & Merchandise.
Alamat & Waktu Operasi

Terletak di No. 8, Jalan Tun Jugah, Kuching, ruang pameran Regas Premium Auto Kuching dibuka setiap hari dengan waktu operasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 3.00 petang pada hari Sabtu dan 10.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari Ahad dan cuti umum.
Bengkel servis pula beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga Sabtu dan tutup pada hari Ahad serta cuti umum.



