Pusat data, mafia korporat dan tuntutan MA63 tumpuan Dewan Rakyat

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 9:53 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pusat data, mafia korporat dan tuntutan MA63 tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Sumbangan industri pusat data kepada ekonomi negara, dakwaan kewujudan mafia korporat dan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) meminta Menteri Digital menjelaskan nilai ekonomi sebenar yang dijana industri pusat data daripada segi peluang pekerjaan, gaji berkemahiran tinggi, kutipan cukai dan penggunaan vendor tempatan berbanding nilai pelaburan yang diumumkan.

Sementara itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat dalam agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu, Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) meminta Perdana Menteri memperincikan garis masa penambahan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak mengikut nisbah satu pertiga serta pelaksanaan formula pemberian khas kepada Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat dijadual meneruskan pertimbangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 pada peringkat Jawatankuasa, termasuk usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 berjumlah RM85 bilion.

Persidangan turut dijadual meneruskan urusan beberapa rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang Kewangan 2026, Rang Undang-Undang Pengangkatan (Pindaan) 2026 dan Rang Undang-Undang Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini (Pindaan) 2026. – UTUSAN

The post Pusat data, mafia korporat dan tuntutan MA63 tumpuan Dewan Rakyat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved