Pusat Data Nasional Indonesia Menjadi Mangsa Serangan Perisian Tebusan Lockbit

TechnologyDigital
25 Jun 2024 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pusat Data Nasional (PDN) Indonesia telah menjadi mangsa terbaru perisian tebusan Lockbit 3.0. Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Budi Arie Setiadi berkata tebusan berjumlah Rp 131 billion (~RM37.6 juta) diminta oleh penyerang untuk mengembalikan semula akses PDN.

Akibat serangan yang dikesan sejak 20 Jun lalu, perkhidmatan atas talian 210 agensi kerajaan pusat dan tempatan seperti imigresen kini terjejas. Kerja-kerja mengembalikan semula akses sedang dilakukan tetapi belum berjaya dipulihkan sepenuhnya.

image is not available

Perisian tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa. Selepas sistem komputer berjaya dijangkiti Lockbit, data akan dikunci dan hanya boleh diakses semula dengan membayar wang tebusan bernilai puluhan juta.

Mei lalu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan dakwaan ke atas Dmitry Yuryevich Khoroshev yang merupakan antara pembangunan Lockbit. FBI pula menawarkan ganjaran $10 juta (~RM48 juta) untuk maklumat yang akan menyebabkan beliau boleh ditangkap. Setakat ini dianggarkan terdapat lebih 2000 mangsa Lockbit di seluruh dunia dengan sebanyak $500 juta wang tebusan telah dibayar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved