Pusat data perlu dirancang secara strategik – PM

LocalTechnology
19 Oct 2026 • 2:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pusat data perlu dirancang secara strategik – PM

PETALING JAYA – Perkembangan industri pusat data di Malaysia perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti dan memperkukuh ekonomi digital tanpa menjejaskan kelestarian tenaga, sumber air serta alam sekitar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perancangan itu perlu mengambil kira kesiapsiagaan infrastruktur, bekalan tenaga dan kecekapan penggunaan sumber bagi memastikan pertumbuhan industri berkenaan dapat dilaksanakan secara mampan.

“Sewaktu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini, beberapa perkara diteliti antaranya cabaran industri pusat data, khususnya kesiapsiagaan infrastruktur, bekalan tenaga dan kecekapan penggunaan sumber.

“Pertumbuhan industri ini perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh ekonomi digital serta memastikan kelestarian tenaga, penggunaan air dan alam sekitar terus terpelihara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, mesyuarat turut meneliti Rangka Kerja Ekonomi Kitaran (RKEK) yang bertujuan memastikan penggunaan sumber lebih cekap selain mengurangkan pembaziran.

Menurut beliau, rangka kerja itu turut menggalakkan penggunaan semula produk dan bahan selama mungkin sebelum menjadi sisa.

“Pelaksanaannya memerlukan penyelarasan berkesan antara sektor, kementerian dan agensi bagi memastikan pendekatan ekonomi kitaran dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mampan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Pusat data perlu dirancang secara strategik – PM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved