
Kota Kinabalu: Sabah bakal memasuki era baharu teknologi maklumat dengan penubuhan sebuah pusat data Tahap IV di negeri ini.
Terletak di Aeropod kira-kira 5km dari ibu negeri, Timbalan Ketua Menteri I Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berkata projek bernilai RM119 juta yang dilaburkan oleh Poseidon Technologies Sdn Bhd itu dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai tahun depan.
“Sementara kita memulakan perjalanan Sabah Maju Jaya untuk Sabah, dunia di sekeliling kita, dalam dunia tanpa sempadan, sangat jauh di hadapan kita.

