Pusat Jagaan Tular Diarah Tutup, Semua Kanak-Kanak Diselamatkan - KPWKM

12 Apr 2025 • 12:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebuah pusat jagaan kanak-kanak persendirian di Cheras, dekat sini diarahkan tutup susulan tular video mengenai layanan terhadap kanak-kanak di premis itu baru-baru ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua 18 kanak-kanak di pusat jagaan itu yang terdiri daripada 12 lelaki dan enam perempuan turut diselamatkan.

Menurut KPWKM, mereka juga dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat untuk proses saringan awal.

Langkah itu diambil selepas pemeriksaan dijalankan Pegawai Diberi Kuasa (PBDK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, PKMD Hulu Langat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas premis itu pada Jumaat.

"Susulan pemeriksaan itu, dua penjaga premis itu telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

KPWKM memandang serius kes itu dan pihaknya melalui JKM akan terus memantau situasi serta mengambil langkah susulan yang sewajarnya demi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak berkenaan.

Orang ramai yang tahu mengenai kes penderaan dinasihatkan untuk terus menghubungi Talian Kasih menerusi talian 15999 atau WhatsApp 019-2615999 atau terus ke PKMD terdekat bagi mendapatkan bantuan segera.


Sumber: Astro AWANI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved