Pusat khidmat DUN Batang Kali tawar hadiah wang tunai 100 pelajar cemerlang SPM

13 Jun 2023 • 5:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 13 JUN: Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Batang Kali menawarkan hadiah kepada 100 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Penyelarasnya Saifuddin Shafi Muhammad berkata hadiah wang tunai RM250 diberika kepada pelajar yang memperoleh 8A ke atas, 7A (RM200), 6A (RM150) dan 5A (RM100).

“Penghargaan ini diberikakan 100 slot terawal kepada pelajar yang layak mendaftar dan menjawab panggilan petugas pusat berkenaan.

“Pihak kami berharap agar usaha kecil ini memberi galakan semangat untuk pelajar di Batang Kali untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi,”katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata antara syarat untuk mendapatkan hadiah ialah pelajar mestilah bersekolah dalam DUN Batang Kali serta ibu bapa mereka didaftarkan sebagai pengundi DUN tersebut.

Program dengan kerjasama GPMS Hulu Selangor , Persatuan Belia Masjid Hulu Selangor dan Penyelaras Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung pada 20 Jun ini, jam 8.00 malam di Dewan Komuniti Bukit Sentosa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved