Risau Ujian Air Kenc*ng Gagal, Pemandu Bas Ekspres Larikan Diri Tinggalkan Penumpang Tepi Jalan

Entertainment
29 Nov 2024 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah bas ekspres yang membawa kira-kira 11 orang penumpang menuju ke Pulau Pinang ditinggalkan tepi jalan oleh pemandunya di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng ketika pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan.

Difahamkan bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Terminal Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang ditahan sekitar jam 10.30 malam tadi untuk pemeriksaan Ops Bersepadu ke atas kenderaan perdagangan di kawasan berkenaan.

Lelaki terbabit bertindak berhenti tepi jalan dan meninggalkan kenderaannya sebelum sempat diperiksa oleh pegawai penguat kuasa sekali gus menyebabkan kesesakan di laluan masuk hentian tersebut.

image is not available

Ketika pemeriksaan, polis menemui ‘dapur’ membakar dadah jenis syabu atau dikenali sebagai bong dipercayai milik lelaki tersebut dalam beg di tempat duduk pemandu.

Justeru, pihak berkuasa kini sedang mencari pemandu bas berkenaan, dan pemeriksaan lanjut terhadap bas itu masih dijalankan.

Sementara itu, dalam operasi terbabit, pelbagai kesalahan berjaya dikesan antaranya tiada lesen memandu, kesalahan nombor pendaftaran kenderaan dan lain-lain yang telah dikenakan tindakan saman.

Sumber polis memaklumkan, sebanyak 61 saman dan tujuh notis JPJ dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam pemeriksaan melibatkan 145 lori, enam van dan empat bas.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.