Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga tahun ini - KKDW

LocalTechnology
4 Mar 2025 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

KKDW memaklumkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) kini dalam proses menaik taraf bangunan untuk dijadikan pusat latihan TVET kepada golongan sasar terutamanya belia termasuk generasi kedua peneroka di kawasan Kelantan Selatan.

“Pada fasa awal ini, pelaksanaan program latihan akan dijalankan melalui usahasama strategik bersama pengendali latihan yang berkelayakan dan bertauliah,” menurut KKDW menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim yang ingin tahu status cadangan pembinaan institusi TVET di Gua Musang sebagaimana pengumuman Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi memberi latihan dan peluang pekerjaan kepada anak-anak peneroka KESEDAR.

Bagi memenuhi keperluan jangka panjang, kementerian itu berkata KESEDAR merancang mengembangkan pusat latihan berkenaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan membangunkan pusat latihan yang lebih lengkap dan diiktiraf.

KKDW memaklumkan pusat itu dijangka berupaya melahirkan sekurang-kurangnya 200 tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam kalangan belia tempatan termasuk masyarakat Orang Asli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved