Pusat Ujian EV Kedah Dirasmikan – Boleh Uji Bateri, Enjin & Motor 1,000 Jam

LocalTechnology
19 Dec 2025 • 9:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kedah kini menempatkan pusat ujian kenderaan elektrik (EVTC) tercanggih yang baru sahaja memulakan operasi fasa pertamanya semalam. Pusat ujian ini dikendalikan oleh syarikat tempatan, Focus Applied Technologies Sdn Bhd, untuk memantapkan lagi industri EV negara.

Fasiliti Dengan Pengiktirafan Peringkat Antarabangsa

EVTC yang bertempat di Bandar Baru ini mempunyai profil global yang mengagumkan:

INVICTA: Bernaung di bawah International Vehicle Test Center Association (INVICTA), sebuah rangkaian global yang menghubungkan penyelidikan ujian kenderaan di seluruh dunia.Kerjasama PBB & Bank Dunia: Kolaborasi dengan organisasi seperti UNEP, UNDP, UNIDO dan Bank Dunia. Kerjasama ini melibatkan pelbagai projek EV di negara-negara membangun, sekali gus membuka peluang besar untuk bakat kejuruteraan Malaysia dipasarkan ke luar negara.Ujian Yang Boleh Dilakukan Di EVTC

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Hab ujian fasa pertama yang bernilai RM3 juta ini dilengkapi dengan empat sel ujian individu yang mampu beroperasi secara automatik selama 20 jam sehari.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Malah, ia boleh buat ujian ekstrem selama 1,000 jam bagi menjamin bateri dan motor elektrik yang dihasilkan adalah kukuh, tahan lama, dan tidak membahayakan pengguna. Antara ujian utama yang ditawarkan termasuk:

Pengukuran prestasi kenderaan Pengukuran jarak pemanduan kenderaan Pengkuran kitaran hayat bateriUjian piawaian keselamatan kenderaanUjian emisi enjin/hibridLitar Ujian Tertutup 650 Meter

image is not available

Menurut CTO Focus Applied Technologies, Dr. Horizon Gitano-Briggs, pusat ujian ini menggunakan litar yang pendek, hanya 650 meter, atas sebab-sebab berikut:

Mesra Kenderaan Mikro-Mobiliti: Litar ini direka khusus untuk menampung ujian kenderaan elektrik (EV) bersaiz kecil, terutamanya jenis roda dua dan roda tiga seperti autorickshaw serta tuk-tuk.Keselamatan: Penggunaan litar tertutup ini adalah kritikal bagi mengelakkan keperluan menguji kenderaan jenis tersebut di jalan raya awam tempatan, sekali gus mengurangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya lain.

Litar yang lebih panjang bakal dibina di bawah fasa kedua pembangunan pusat ini nanti.

Membantu Pendidikan TVET Di Malaysiaimage is not available

Menariknya, EVTC juga akan berfungsi sebagai Pusat Latihan khusus untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), akademi dan universiti:

Bilik Darjah 'Drive-In': Menampilkan konsep unik di mana pelajar berada di tempat duduk gaya stadium yang mengelilingi chassis dynamometer. Ini membolehkan demonstrasi teknikal dilakukan secara terus di hadapan pelajar.Kemudahan Sokongan: Untuk menyokong aktiviti latihan ini, fasa kedua akan merangkumi pembinaan penginapan (lodging), ruang makan dan kemudahan komersial di tapak projek.Jangkaan Persiapan Fasa Kedua

Focus Applied Technologies merancang untuk melengkapkan fasa kedua menjelang tahun 2027. Dengan anggaran pelaburan tambahan sebanyak RM4 juta, pusat ini bakal menjadi hab automotif masa depan yang lengkap bukan sahaja untuk ujian motosikal dan tuk-tuk, malah untuk bas, trak dan kereta penumpang elektrik.

Juga Menarik: SIRIM Tubuh Pusat Ujian Bateri EV, Perkenal Ekosistem EV Komprehensif