'Pusing-pusing dahulu, anak mama kuat' - Isu rumah tangga panas, Abby Abadi titip pesan buat Marissa, kesilapan bukan gagal

LocalFamily & Parenting
30 Mar 2026 • 3:20 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON dan penyanyi Abby Abadi menitipkan nasihat buat anak keduanya, Marissa Dania Hakim, 20.

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan itu memberi kata-kata semangat mahu anaknya ambil masa,tidak terburu-buru dalam membuat keputusan besar, ada nilai untuk diri sendiri dan tidak semata-mata kerana mengikuti orang.

Malah, anggota kumpulan Elite itu turut berkata, anak perempuan yang dipanggil adik itu tidak perlu menjadi dewasa terlalu cepat.

"Pusing-pusing dahulu lihat keindahan bumi ciptaan ALLAH ini. Bagi peluang untuk diri merasa nikmat kehidupan yang ALLAH anugerahkan.

image is not available

“Kalau hari ini adik belum faham erti hidup, tidak mengapa. 

"Yang penting terus belajar, jangan buat sesuatu sebab ramai buat, tapi buat bila sesuatu itu memberi ‘nilai’ untuk hidup adik. 

"Nilai hidup bukan pada siapa paling hebat, tapi pada jiwa dan hati yang tenang," kongsinya.

Dalam pada itu, Abby turut menitipkan sokongan buat pempengaruh itu. Ujarnya, kebahagiaan sebenar bukan pada status, populariti atau siapa ‘menang’ tetapi pada ketenangan hati dan jiwa.

Ujarnya, apa yang berlaku kini bukan pengakhiran tetapi proses pembelajaran.

image is not available

"Nasihat mama adik baru 20 tahun. Kesilapan itu bukan bermakna adik gagal.

"Itu tanda sedang belajar menjadi manusia yang lebih baik dan matang. Anak mama kuat!" kongsinya.

Terdahulu, media melaporkan suami Marissa,  Ahmad Aslam memohon pengesahan cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah melafazkan talak terhadap Marissa sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan April tahun lalu serta kembali rujuk.

Menurut peguam, perkahwinan pasangan itu sebelum ini telah disahkan mahkamah namun sijil nikah belum dikeluarkan susulan beberapa prosedur dan perbicaraan yang perlu dilalui.

Sekadar info, Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.