“Pusing-pusing dulu” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

LocalFamily & Parenting
30 Mar 2026 • 3:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil memberikan nasihat buat anak perempuannya, Marissa Dania untuk memberikan peluang buat dirinya sendiri merasakan nikmat kehidupan.

Menerusi Instagram miliknya, Abby Abadi mengatakan bahawa kesilapan yang anaknya itu lakukan bukan bermaksud ia satu kegagalan dalam hidup, sebaliknya mengajar untuk menjadi lebih matang dan kuat.

Dalam pada itu, menerusi Threads miliknya, Abby Abadi memohon agar pihak Mahkamah Syariah untuk bertindak terhadap pihak lelaki.

Pada pandangannya, situasi ini menyebabkan pihak perempuan dipandang hina dan berasa pelik dengan jika perbuatan ini tidak anggap sebagai satu kesalahan.

Meskipun Abby tidak menyebut nama individu itu secara terus, ramai netizen percaya bahawa kenyataan itu dipercayai merujuk kepada rumah tangga anaknya.

“Dah la nikah luar Malaysia, dgn tiada pengesahan sijil nikahnya, dah 2 tahun dah… buat pihak perempuan je dipandang hina.. Tak menjadi kesalahan ke di Malaysia bila lelaki perangai mcm ni? Sesuka hati nak buat apapun. Kalau mak bapak bertindak kang, takut Mak bapak pula yang ke dalam.”

image is not available

Hari ini, media melaporkan bahawa pasangan pempengaruh iaitu Ahmad Aslam dan Marissa Dania Hakim hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Menurut laporan Berita Harian, Aslam dikatakan telah melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Sumber : Berita Harian, Instagram, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.