“Pusing Selagi Boleh Wahai Pok Mi” – Bapa Saudara Arwah Mustaqqeem Tak Terima Alasan ‘Sweeper’

22 Oct 2025 • 11:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia mustaqqeem 1

Kematian pendaki, Mustaqqeem Mansoor di Gunung Liang terus menjadi perhatian apabila keluarga arwah tampil menuntut penjelasan yang lebih jelas daripada pihak terlibat.

Bapa saudara kepada arwah iaitu Samad Saad meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan ‘sweeper’ yang didakwa cuba memutarbelitkan cerita sebenar.

“Kalau anak saudara aku turun, mana mungkin boleh panjat balik kan?”

image is not available

Menerusi perkongsian di media sosial, Samad Saad menegaskan bahawa penjelasan yang diberikan tidak masuk akal dan menggesa MGP tampil berdepan dengan keluarga.

Pusing cerita selagi boleh wahai Pok Mi. Kalau anak saudara aku turun, mana mungkin boleh panjat balik kan? Dia tidur bawah bay route dengan tak pakai kasut. Nak tengok kondisi kasut meh aku nak tunjuk kat hang. Semoga Allah memberi balasan yang setimpal atas apa yang hang buat.

Dia turut mendakwa bahawa keluarga arwah masih belum mendapat jawapan memuaskan dan mahu tahu mengapa anak saudaranya dibiarkan seorang diri di kawasan gunung.

“Bawa mai depa berdepan dengan keluarga kami”

image is not available

Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan, keluarga arwah turut menuntut agar pihak terlibat hadir bersemuka secara terbuka dan menjawab dua persoalan utama.

Sementara itu, dalam laporan Harian Metro, Samad Saad berkongsi detik pilu ketika membasuh pakaian terakhir milik arwah, sambil terbayang bagaimana seksanya arwah sebelum meninggal dunia.

Keluarga juga berharap agar siasatan dijalankan dengan telus tanpa ada sebarang pihak cuba menutup kebenaran.

Pssttt! Keluarga arwah berhak tahu apa yang berlaku, dan pihak terlibat perlu tampil menjelaskan tanpa berdolak-dalik. Semoga keadilan buat arwah Akim dapat ditegakkan dan keluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan berat ini.

Kredit: Harian Metro | TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.