Pusingan 1 MCP Sepang : Aksi Padat, Kemunculan Pasukan Baru

16 Apr 2025 • 12:33 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

image is not available

Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) bakal menyaksikan kehangatan saingan PETRONAS Cub Prix pada hujung minggu ini, 19 dan 20 April 2025. Pelbagai kategori akan berentap, termasuk CP150, CP125, WIRA KBS, Pro-Am Cup dan siri cabaran satu pengeluar seperti AEON Credit Yamaha 135LC dan Honda RSX One Make Challenge.

Hari Sabtu akan dipenuhi sesi latihan bebas dan kelayakan bermula seawal jam 9:20 pagi, manakala Ahad dimulakan dengan sesi ‘warm up’ dan perlumbaan bermula jam 10:30 pagi. Peminat juga tidak harus melepaskan peluang menyertai aktiviti Pit Walk yang dijadualkan jam 1:10 tengah hari pada Ahad, peluang eksklusif melihat lebih dekat jentera dan pelumba kegemaran anda.

Lebih menarik, perlumbaan kali ini menandakan penampilan sulung pasukan HJ x TW Racing dalam kategori Petronas Sprinta Pro-Am Cup, satu kerjasama antara HJ Racing dan TW Racing Development. Ianya juga merupakan satu langkah penting buat pasukan baharu yang membawa semangat dan strategi segar ke dalam arena perlumbaan.

Masuk adalah percuma, jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi sengit dan sokong pasukan tempatan!

Teruskan bersama Two Wheels..!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved