PUSPAKOM 'Kantoi' Luluskan Lori Pakai Tayar Tidak Selamat – Operasi Mengejut JPJ

LocalCars
31 Dec 2024 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Penggunaan tayar celup yang uzur dan tidak selamat pada kenderaan berat terus menjadi isu serius, meskipun diketahui berisiko tinggi untuk meletup sewaktu digunakan.

Masalah ini adalah antara kesalahan utama yang dikesan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi mengejut di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) secara serentak di seluruh negara baru-baru ini.

Pemeriksaan Menyeluruh

image is not available

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, Op Mengejut PUSPAKOM itu diadakan dengan tujuan untuk memastikan setiap kenderaan berat mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, di PUSPAKOM Wangsa Maju, sebanyak 115 lori diperiksa dalam tempoh dua jam operasi, dan pelbagai pelanggaran keselamatan ditemui.

"Kita temui masih banyak lagi lori ataupun bas yang datang untuk pemeriksaan di PUSPAKOM menggunakan tayar tidak selamat. Kita dapati tayar tersebut sangat dalam keadaan uzur dan saya percaya kalau tayar itu digunakan atas jalan raya, bila-bila masa sahaja ia akan meletup," katanya.

Siasatan Lanjut Terhadap Kenderaan & Kakitangan Terlibat

image is not available

Susulan pemeriksaan itu, JPJ akan membuka siasatan terhadap kenderaan yang gagal mematuhi piawaian serta menyiasat kakitangan PUSPAKOM yang meluluskan kenderaan tersebut.

image is not available

Kakitangan PUSPAKOM yang terlibat dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat JPJ bagi siasatan lanjut. Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM juga berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan yang didapati melalukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Penambahbaikan Prosedur PUSPAKOM

Muhammad Kifli turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes serupa mungkin pernah berlaku sebelum ini tanpa dikesan. Sebagai langkah proaktif, PUSPAKOM akan memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) untuk pemeriksaan kenderaan.

"Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM sendiri memberi jaminan akan memperkemaskan lagi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dengan pemeriksaan," katanya.

Sumber: BH