Puspanita Sabah disaran sedia pelan strategik

28 Feb 2024 • 2:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Puspanita Sabah disaran menyediakan pelan strategik berdasarkan garis panduan kebangsaan untuk tampil dengan aktiviti dan program yang lebih inklusif dan kolaboratif.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penasihat Puspanita, Datuk Safar Untong berkata usaha itu penting dan memerlukan kolaborasi semua 29 Puspanita Daerah di negeri ini.

“Semua cawangan mesti bekerjasama dalam menyediakan pelan strategik agar ia seiring dengan fokus dan matlamat Puspanita iaitu penglibatan wanita secara lebih aktif dan sebagai pembuat keputusan.

“Sejak diperkenalkan, Sabah sudah pun mencapai dasar 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan, yang mana 30 peratus atau tiga daripada 10 SUT (Setiausaha Tetap) kementerian dilantik daripada kalangan wanita, dan 47.6 peratus atau 20 daripada 42 Ketua Jabatan adalah wanita,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved