Putera Mahkota Hadiahkan Pemain Bola Arab Saudi Kereta Mewah! Ini 8 Fakta Menarik Tentang 'Rolls Royce Phantom'

Cars
24 Nov 2022 • 5:52 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kereta jenis Rolls-Royce Phantom menjadi bualan hangat apabila Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menghadiahkan kereta mewah dari Eropah itu untuk setiap pemain pasukan kebangsaan.

Kemenangan Arab Saudi ini ternyata satu kejutan memandangkan lawan mereka adalah Argentina.

image is not available

Ketinggalan pada awal permainan menerusi gol penalti Lionel Messi pada minit ke-10, Arab Saudi berjaya mendahului 2-1 pada babak kedua melalui tendangan Saleh Al Shehri pada minit ke-48 dan Salem Al Dawsari minit ke-53.

Hadiah daripada kerabat Diraja Arab Saudi ini bukan calang-calang. Ia merupakan kereta mewah eksklusif yang biasa digunakan oleh usahawan, ahli perniagaan ternama dan kerabat diraja di seluruh dunia.

image is not available

Berikut 8 perkara menarik tentang Phantom yang merupakan salah satu model unggul dari keluarga Rolls-Royce.

image is not available

1) Sedan premium ini menggunakan enjin V12 turbo dengan kapasiti 6.749 cc.

2) Dari segi prestasi, Phantom digerakkan oleh semua roda (all wheel drive) yang dimantapkan dengan transmisi automatik.

3) Kenderaan ini juga dikatakan mampu mencapai kelajuan 0-100km/jam dalam tempoh 5.4 saat dan pecutan maksimum 250 km/jam.

4) Model ini juga mengutamakan keselesaan terutama bagi penumpang belakang.

image is not available

5) Tempat duduk dan kemasannya diperbuat daripada kayu hingga kulit berkualiti, cukup empuk untuk sebuah kereta mewah.

6) Di bahagian interior juga terdapat bumbung dengan fiber optik sehingga mampu melihat bintang di langit ketika malam hari.

7) Ciri lain yang terdapat pada kereta ini adalah Adaptive Cruise Control dan sensor parkir di depan dan belakang.

8) Di Malaysia, harga bagi model ini adalah sekitar RM5 juta.

image is not available

Ahli perniagaan India, Suhel Seth antara yang terawal kongsi kenyataan di Twitter bahawa setiap pemain Arab Saudi menerima sebuah Rolls Royce daripada Putera Salman.

Influencer yang juga seorang doktor gigi, Awab Alvi juga berkata semua pemain Arab Saudi menerima Rolls Royce Phantom itu.

Selain kereta untuk pemain, kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan hari cuti umum untuk semua.

Sumber: Mstar