Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

EntertainmentFamily & Parenting
5 Apr 2024 • 4:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Heroin filem Pulang, Puteri Aishah, 30, selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, seorang bayi lelaki pada jam 8.17 malam semalam.

Berita gembira ini dikongsi oleh pengurusnya, Iman Tang dalam satu hantaran di akaun Intagram miliknya dan kemudiannya turut dikongsi oleh Puteri Aishah di Instagram storynya. 

“Syukur Alhamdulillah. Selamat atas kehadiran anak lelaki  pertama pada Khamis 4/4/2024 pada sekitar 20.17 (8.17) malam. Bayi dan ibu sihat walafiat. Semoga si kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan dapat membanggakan orang tuanya,” tulis Iman.

image is not available

Puteri Aishah melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 31 pada 21 November 2021.

Pada Januari lalu, pelakon ini mengumumkan tentang kehamilan di akaun Instagram iaitu ketika dia dan suami sedang bercuti di Korea Selatan.

Tahniah buat Puteri Aishah, moga kelahiran anak pertama ini membawa kegembiraan luar biasa buat seluruh keluarga. - Getaran, 5 April 2024

Foto : Instagram Puteri Aishah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved