Puteri Dubai Buat Satu Dunia Terkejut, Ceraikan Suami Menerusi ‘Posting’ Di IG – “Memandangkan Awak Sibuk Dengan…”

19 Jul 2024 • 3:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Puteri Dubai, Sheikha Mahra bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum meraih perhatian dunia selepas dia membuat tindakan mengejutkan.

Beliau telah menceraikan suaminya, , Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al Maktoum menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya, @hhshmahra.

Dear suami, memandangkan anda sibuk dengan teman teman lain, saya dengan ini mengisytiharkan perceraian kita. Saya ceraikan awak, saya ceraikan awak dan saya ceraikan awak.

Beliau mengakhiri hantaran itu dengan menulis, ‘Jaga diri, (daripada) bekas isteri anda.”

image is not available

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Sheikh Mana tentang perkara itu.

Difahamkan, mereka mendirikan rumah tangga setahun lalu dan Sheikha Mahra juga baru sahaja melahirkan anak sulung mereka sekitar dua bulan yang lepas.

Sheikha Mahra merupakan anak kepada penguasa Dubai, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Sheikh Mana pula adalah ahli kerabat diraja Dubai serta usahawan ternama dikenali ramai.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

"Kami Cuba Selamatkan Rumah Tangga Tapi Tak Berhasil.." - Masalah Kewangan Bukan Punca Penceraian Nora Danish