“Ada Banyak..” – Ingin Keluarkan Album & Adakan Konsert, Ahli Perjelas Sebab Reunion WONDER GIRLS Gagal

Music
29 Jun 2024 • 12:58 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Lama menyepi, pasti ramai yang seronok sekiranya WONDER GIRLS mengumumkan tentang kemunculan semula mereka kan?

Namun menerusi program Daesung di YouTube baru-baru ini, 2 ahli WONDER GIRLS iaitu Sun-ye dan Yu-bin telah muncul sebagai tetamu, di mana mereka bercakap tentang kemungkinan semua ahli untuk reunion.

Pada awalnya, mereka ditanya sekiranya ahli ada bercakap tentang comeback kumpulan itu. Jawab Yu-bin yakin,

Sudah tentu kami ada bercakap tentang reunion WONDER GIRLS.

Sambung Sun-ye,

Kami dah banyak kali cakap mengenainya tetapi terdapat banyak konflik jadual dan kami berada di bawah syarikat berbeza. Jadi, ia tidak dapat diteruskan dengan baik.

Jelas Yu-bin lagi,

Kami membincangkan pelbagai kemungkinan termasuk mengeluarkan album dan mengadakan konsert. Kami terus membuka pilihan tetapi keadaan tidak mengizinkannya. Itulah sebabnya perbincangan akhirnya gagal.

Takpe, kami akan setia menunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.