“Yang Terpaling Tak Boleh Tidur Malam Tapi Menyumbang..” – Video Amira Othman & Fattah Amin Pergi Kedai Dior Teruk Dikecam

EntertainmentLifestyle
6 Oct 2025 • 12:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di platform Threads memaparkan pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin berada di Paris telah meraih perhatian ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan Amira dan suaminya menuju ke sebuah kedai berjenama mewah iaitu Dior yang telah mengundang kecaman daripada warganet susulan jenama itu merupakan pro-Israel.

 

View on Threads

 

Lebih mengundang rasa marah dikalangan netizen, pasangan itu berkunjung ke kedai tersebut ketika aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) sedang berusaha menghantar bantuan ke negara Palestin.

image is not available

Sebelum ini, Amira Othman ada memaklumkan dalam live bahawa dirinya tidak dapat tidur dengan lena sewaktu mendengar khabar bahawa aktivis-aktivis GSF telah ditahan oleh tentera Israel, lagi-lagi apabila salah seorang sahabatnya iaitu Heliza Helmi turut berada dalam disituasi tersebut.

image is not available 2025-10-03 14:40:48

Amira Othman Sebak, Luah Rasa Tak Mampu Tidur Fikirkan Nasib Sukarelawan Malaysia Ditahan Isr*el - "Saya Bagitahu Fattah..."