Rezeki luar biasa buat Putri Qisya Nur Izzat, apabila beliau tidak putus-putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak yang prihatin terhadap nasibnya.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh stesen radio Hot FM, Qisya menerima sumbangan pendidikan, tajaan menunaikan umrah serta peluang menginap secara percuma di resort milik pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, atau lebih dikenali sebagai Datuk Qobin.
Pertemuan menyentuh hati itu mempertemukan Datuk Qobin dengan Qisya yang merupakan satu-satunya anak yang terselamat dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, yang telah meragut nyawa ibu bapa dan empat adik-beradiknya.
“Insya-Allah atas rezeki Allah ini, mulai bulan Ogos ini sampai Qisya umur 17 tahun, saya akan jaga pendidikan Qisya, sebanyak RM500 setiap bulan dan saya akan selalu lawat Qisya di MRSM.
Baca juga:
“Yang kedua, saya akan bawa Qisya dan makcik pergi umrah bersama isteri saya. Dan juga, yang terakhir, Qisya boleh datang ke resort saya di Gopeng bila-bila masa Qisya nak pergi,” katanya.
Terdahulu, menerusi satu hantaran di TikTok, Datuk Qobin telah meminta bantuan netizen untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Qisya, dan menyampaikan hasrat untuk menjaga kebajikan remaja berkenaan.
MOHON CARI DAN DAPATKAN ADIK PUTERI QISYA NUR IZZAT.. Saya nak jaga dan bantu pendidikan beliau sampai dia habis SPM insyaAllah. Mohon SHARE dan bantu saya.. #fyp #fypシ
Sumber: Hotfm
The post Puteri Qisya terima sumbangan bantuan pendidikan RM500 sebulan, tajaan umrah appeared first on The Reporter.

