Puteri Sarah bangga anak raih keputusan cemerlang, Pendidikan Islam dapat markah penuh 100 peratus!

LocalEntertainment
14 Oct 2024 • 10:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Puteri Sarah bangga

Pelakon Puteri Sarah bangga dengan anak sulungnya, Syaikul Islam yang meraih keputusan cemerlang dalam kesemua matapelajaran peperiksaan, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di laman TikToknya, dia meluahkan rasa syukur ketika menerima kad laporan berkaitan pencapaian anak lelakinya itu.

@puterisarahliyana

Syaikhul’s Report card day! Alhamdulillah syukur i am a proud mama

♬ original sound - By PSL - By PSL

Dalam kad laporan itu, Syaikul telah meraih A dalam kesemua mata pelajaran dan apa yang lebih membanggakan, dia mendapat markah penuh 100 peratus untuk subjek Pendidikan Islam.

Puteri Sarah bangga

image is not available

image is not available

“Alhamdulilah syukur, i am a proud mama.

“Jadi hari ini kita pergi Syaikul Islam punya report card day. Nanti mama nak jumpa awak punya cikgu Stem, tapi secara keseluruhannya awak sangat bagus,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri ini turut menitipkan nasihat kepada Syaikul untuk lebih belajar bersungguh-sungguh serta menjadi anak yang soleh.

“Awak kena belajar bersungguh-sungguh sekali dengan football pun bagus juga okay. Kena jadi anak yang baik, soleh dan dengar cakap mama,” katanya.

image is not available

Netizen ucap tahniah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Syaikul untuk pencapaian yang membanggakan dan kagum dengan cara Puteri Sarah yang pandai dalam mendidik anak-anak.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat!

Sementara itu, ramai berharap agar Syaikul menjadi anak soleh kepada orang tuanya dan mendoakan kanak-kanak itu berjaya di dunia serta akhirat.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

image is not available

Sumber: TikTok @Puteri Sarah Liyana