“Perempuan Kaki Sailang, Takkan Pernah Putus Di Dunia” - Nonny Nadirah

8 Oct 2024 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ketika beberapa selebriti bergelut dengan masalah rumah tangga, Nonny Nadirah menitipkan pesanan dalam Instagramnya baru-baru ini.

Titip pesanan

Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin, 34, berkata pasangan perlu memikirkan soal anak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berpisah.  

image is not available

“Fasa penceraian. Tidak mudah untuk kedua-dua pihak terutama anak.

“Berikan masa untuk diri sendiri, tanya Tuhan dalam sujud, perlu teruskan atau tidak?

“Jika sudah tidak sehaluan maka jangan diteruskan.

“Fikir. Anak perlukan keduanya for better brighter future.

“Bila dah ada anak ni lain,kita kena fikir masa depan anak tu bukan pasal diri kita dah,” tulisnya. 



Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu juga berpendapat bahawa golongan ‘orang ketiga’ tidak akan hilang di dalam dunia.

Malah, pada akhir pesanan itu, Nonny sempat menitipkan doa agar semua urusan pasangan yang menghadapi ujian dipermudahkan. 

“Perempuan kaki sailang takkan pernah putus dalam dunia. Syaitan (dari jenis jin & manusia) suka benda-benda macam ni.

“Semoga dipermudahkan segala urusan buat pasangan suami isteri yg melalui fasa penceraian,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci tentang pihak yang dimaksudkan dalam entri tersebut. 

Terdahulu, dunia industri hiburan dikejutkan dengan berita penceraian beberapa artis popular tanah air.