Puteri Sarah Jawab Dakwaan Tentang Rujuk Dengan Syamsul Yusof

LocalEntertainment
30 Aug 2024 • 3:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
puteri sarah

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah dengan jelas menyatakan bahawa dirinya tidak akan rujuk kembali dengan bekas suami, Syamsul Yusof, walaupun pengarah tersebut telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.

“Tak Akan Rujuk Kembali”- Tegas Puteri Sarah…

Puteri Sarah, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan Syamsul. “Saya hanya mampu ketawa sahaja. Tak rasanya (rujuk kembali). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak,” katanya.

Enggan Ulas Isu Syamsul dan Ira bakal bercerai…

Bila ditanya tentang kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Ira yang sedang hangat diperkatakan, Sarah memilih untuk tidak memberi sebarang komen. “Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu,” ujar beliau. Namun, Sarah tetap mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

Sebagai info tambahan, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam yang kini berusia 7 tahun dan Summayah, 5 tahun. Pasangan ini bercerai pada Jun tahun lalu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempak


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved