“Saya Hanya Mampu Ketawa, Tak Rasanya..” – Disoal Tentang Rujuk Semula Dengan Syamsul Yusof, Ini Jawab Puteri Sarah

LocalEntertainment
30 Aug 2024 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah menyatakan bahawa dirinya tidak mungkin akan rujuk kembali dengan bekas suami, Syamsul Yusof, biarpun pengarah itu sudah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.

Tidak akan rujuk kembali

Kata Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, dia mengakui enggan dikaitkan lagi dengan Syamsul.

Saya hanya mampu ketawa sahaja. Tak rasanya (rujuk kembali). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak.

Enggan ulas kemelut rumah tangga Syamsul dan Ira

Apabila ditanya soal kemelut rumah tangga Syamsul dan Ira yang sedang berlaku ketika ini, aktres tersebut menegaskan dirinya tidak mahu masuk campur urusan tersebut.

Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu.

Dalam pada masa yang sama, ketika pihak wartawan bertanya apakah perasaannya tentang isu tersebut, Sarah hanya mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof pernah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7 dan Summayah, 5 tetapi bercerai pada Jun tahun lalu.

image is not available


5 days ago

"Terkilan Ira Tak Hadir" - Syamsul Yusof Akui Dalam Keadaan Tenang, Nafi 'Depression' Seperti Didakwa Ramai