Puteri Sarah Komen Di Instagram Bella Astillah, Netizen Faham Maksud Tersirat – “Awak Pandai Nangis Tak?”

Entertainment
3 Jul 2024 • 3:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Puteri Sarah Liyana dan Bella Astillah kini berkawan rapat malah mereka turut meraih perhatian selepas dilihat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama baru-baru ini.

image is not available 2 weeks ago

Jalani Kehidupan Baru Sebagai Ibu Tunggal, Ayat Puteri Sarah Buat Bella Astillah Sentuh Hati - “Sama Sama Kita Nikmati Perjalanannya”

 

Pandai nangis tak Bella?

Terbaru, komen Puteri Sarah di hantaran terbaru aktres berasal dari Sabah itu mendapat perhatian ramai di Instagram. Hantaran itu memaparkan Bella sedang duduk sambil rambutnya didandan dipercayai untuk mempromosikan drama terbaru lakonannya.

Namun, bukan hanya kecantikan Bella yang meraih perhatian tetapi juga komen diberikan rakan aktres itu, Puteri Sarah.

Awak pandai nangis tak?

 

“Teruskan perli”

Komen tersebut mendapat ratusan respon daripada pengikut mereka di Instagram memandangkan masing-masing faham maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Puteri Sarah.

Meskipun tidak menyebut tentang mana-mana pihak namun netizen sendiri faham sindiran diberikan Puteri Sarah itu.

image is not available image is not available image is not available