Puteri Sarah minta doakan Bella Astillah, makin kurus & tiada selera makan

13 Mar 2024 • 4:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Puteri Sarah Liyana meminta orang ramai mendoakan rakan selebriti, Bella Astillah untuk terus kuat menghadapi ujian rumah tangga.

Puteri Sarah kongsi keadaan Bella Astillah

Puteri Sarah berkata, kesihatan penyanyi berusia 29 tahun itu semakin terjejas sejak kontroversi suaminya, Aliff Aziz ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Ruhainies pada Sabtu lalu.

Dalam satu video tangkap layar ketika melakukan siaran langsung di TikTok, dia berkongsi keadaan rakannya selain menyatakan Bella masih belum dapat menerima kenyataan.

“Sampai sekarang dia masih tak boleh terima apa yang terjadi, dia tak boleh makan, tak boleh tidur dia kurus sangat,” katanya.

image is not available

Mohon doakan Bella Astillah

Dalam pada itu, dia turut memohon orang ramai mendoakan Bella supaya kuat berdepan ujian berkenaan.

“Pada hari pertama Ramadan bulan puasa ini, jom sama-sama kita mendoakan Bella Astillah, semoga dipermudahkan semua urusan.
Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga dia kuat dan tabah,”katanya lagi, semalam.

image is not available

Terdahulu, suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah. Setelah penangkapan tersebut, kedua-dua selebriti itu enggan mengeluarkan sebarang penjelasan berkaitan hal berkenaan dan berkata ingin menunggu masa yang tepat.

Hari ini, Bella Astillah memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.

Sekadar info, Bella dan Aliff sudah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain Ruhainies, Aliff turut terpalit dengan beberapa kontroversi bersama aktres wanita seperti Oktovia Senrose dan Afifah Nasir.

Sumber: TikTok @ikalumier