“Dia Tak Boleh Makan Dan Tidur, Kurus Sangat” – Puteri Sarah Kongsi Keadaan Terkini Bella Astillah Yang Agak Membimbangkan

Entertainment
13 Mar 2024 • 11:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
keadaan terkini Bella Astillah

Rasanya semua tahu Bella Astillah sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga selepas suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan Ruhainies. Pelakon, Puteri Sarah Liyana meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan rakannya itu sempena bulan yang mulia ini.

Menerusi satu video di Tiktok, pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa simpati dengan Bella dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan rakannya itu sempena bulan yang mulia ini.

Pada hari pertama Ramadan bulan puasa ini, jom sama-sama kita mendoakan Bella Astillah. Semoga dipermudahkan semua urusan.

Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga dia kuat dan tabah.

Sarah juga sempat berkongsi keadaan terkini Bella Astillah yang agak membimbangkan.

Sampai sekarang dia masih tak boleh terima apa yang terjadi, dia tak boleh makan, tak boleh tidur dia kurus sangat.

Kesiannya dekat Bella! Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhiratnya.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.