Puteri Sarah Minta Netizen Bincangkan Statement Kazar, “Berdamailah, Bukan Masalah Besar Sangat..”

Entertainment
31 Oct 2022 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu keretakan rumah tangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah Liyana telah menjadi perbualan hangat netizen sejak berbulan lamanya.

Antara individu yang dikaitkan dengan punca keretakan tersebut ialah Ira Kazar, anak kepada pelakon senior Kazar.

Setelah lama mendiamkan diri, pelakon ini menerusi satu laporan berita baru-baru ini telah memberi komen mengenai isu yang mengaitkan anaknya itu.

“Bukan masalah besar”

Kazar atau nama sebenarnya, Kazaruddin Saisi, 63, berkata, dia tidak mahu memberi kenyataan lanjut mengenai hal itu kerana ia masih dalam proses di mahkamah.

Ini kerja Allah kita tak boleh kata apa, semua pun kena tanya Dia. Saya harap kalau boleh berdamailah… bukan masalah besar sangat,” katanya ketika ditemui di Anugerah Seri Angkasa 2022.

image is not available

Tambahnya lagi, dia juga meminta untuk netizen tidak terlalu kasar dalam memberi komen dan satu keluarga mereka sentiasa menyokong serta berada di sisi anaknya, Ira.

“Bincangkan” – Puteri Sarah

Berikutan dengan komen Kazar, Puteri Sarah semalam telah memuat naik posting di Instagram dan meminta netizen untuk membincangkan mengenai hal tersebut.

Puteri Sarah juga menulis di kapsyen ‘bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang…’. Uiks panas!

image is not available

Posting isteri kepada Syamsul Yusof ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mengecam kenyataan pelakon Kazar sebagai tidak sensitif.

Rakan artis juga dilihat terus memberi semangat kepada Puteri Sarah untuk tabah dalam menghadapi dugaan rumah tangga.

image is not available

Apa-apapun kita doakanlah yang terbaik buat kedua belah pihak. Semoga terus tabah hadapi dugaan yang menimpa.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.