Puteri Sarah nafi rujuk dengan Syamsul Yusof, dah ‘move on’ -“Berita palsu!”

Entertainment
6 May 2024 • 6:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Puteri Sarah Liyana nafi rujuk dengan Syamsul Yusof seperti didakwa pihak tidak bertanggungjawab di media sosial, baru-baru ini.

Pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 39 tampil bersuara berhubung dakwaan tersebut di laman Instagram story miliknya, semalam.

Puteri Sarah nafi rujuk dengan Syamsul Yusof

Dia bagaimanapun kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu Syamsul Yusof akan kembali bertaut.

Perkara tersebut dimaklumkan apabila menerima pelbagai pertanyaan tentang kesahihan khabar angin mengenai rujuk semula.

“Ramai DM (mesej langsung) tenya betulkah rujuk balik? Jadi bini nombor dua?
“Eh! Berita palsu. Tidak akan terjadi. Kita sudah ‘move on’,”katanya.

image is not available

Puteri Sarah berang, tak faham!

Lebih membuatkan ibu kepada dua cahaya mata itu berang apabila segelintir pihak tidak bertanggungjawab menggunakan berita palsu tersebut demi kepentingan diri.

“Seriuslah, makin menjadi-jadi tajuk Facebook. Makin benci dengan blog-blog dalam Facebook.

“Mula-mula kata nak rujuk balik, selepas itu mengarut kata rujuk kembali demi anak-anak. Aku tak fahamlah.

“Makin diam, makin aneh-aneh tajuk dia nak suruh masuk link Shopee,” ujarnya.

image is not available

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Mereka bagaimanapun bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

image is not available

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana