Puteri Sarah nak minta bantuan Caprice, individu kutuk dirinya muncul lagi

Entertainment
8 May 2024 • 5:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon terkenal, Puteri Sarah nak minta bantuan Caprice susulan individu yang pernah mengutuknya dengan gelaran ‘geng secondhand’ muncul lagi di aplikasi X.

Haritu hilang sekejap, ni muncul lagi

Menerusi ciapan yang dibuat Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia telah berkongsi tangkapan layar akaun individu terbabit yang telah muncul semula setelah ‘hilang’ selepas mengutuk pelakon terbabit beberapa minggu lepas.

image is not available

“Hidup balik mangkuk ni? Ingat hilang pastu muncul balik orang lupa. Panggil Caprice lah settlekan mangkuk ni,” tulis Puteri Sarah.

Puteri Sarah nak minta bantuan Caprice settlekan hal mamat tu

Pelakon terbabit turut mengatakan individu terbabit adalah salah satu contoh di mana setiap saat ada sahaja orang-orang kurang cerdik muncul memberikan kenyataan yang tidak menggunakan otak seperti yang dilakukan oleh pengguna X berkenaan beberapa minggu yang lalu.

image is not available

Puteri Sarah nak minta bantuan, geram akaun lelaki tu muncul lagi

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan akaun X individu berkenaan sudah kembali hilang dan menyelar tindakannya yang suka melakukan provokasi kepada orang lain.

Ujar warganet, akaun yang dikenali sebagai @afiqazni itu beberapa kali dilihat meninggalkan ciapan seakan tidak berpuas hati dengan wanita sehingga mengaitkan insan lain termasuklah mengutuk Puteri Sarah.

image is not available

 

Takut dengan PS, deactivate semula nampaknya

image is not available

 

Asyik buat, tutup, buat, tutup akaun baru

image is not available

Mana2 ciapan pasal perempuan mesti dia nak menyelit

image is not available

Terdahulu, Puteri Sarah telah berkongsi satu akaun media sosial yang menghina dirinya serta Bella Astillah dengan menggelar mereka sebagai ‘geng Secondhand’.

Jelasnya, dia sudah banyak kali menerima komen negatif tersebut termasuklah di Instagram dan platform X melibatkan individu itu sehingga membuatkannya hilang sabar.

Sususlan daripada itu, dia telah berjaya mendapatkan beberapa butiran individu terbabit termasuklah lokasi tempat kerja sehingga dia menyekat Puteri Sarah di X.