Puteri Sarah Ralat Belum Sempat Berbuka Dengan Keluarga Bekas Mentua - "Walau Tiada Apa-Apa, Kemestian Kami Kekalkan Silaturrahim"

15 Mar 2025 • 9:40 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui kedatangan Ramadan tahun ini lebih menyedihkan kerana kesibukan kerja menyebabkan dia kurang masa bersama anak-anaknya.

Jelas Sarah, 40, kesibukan berniaga dan berlakon pada tahun ini sedikit sebanyak membataskan masa untuk keluarga.

“Ramadan tahun ini agak sedih sebab kurang masa dengan anak-anak sebab sibuk berlakon dan berniaga. 

"Tapi saya tetap akan cuba cari masa buat mereka," katanya kepada Gempak.

Selain itu, Sarah juga belum berkesempatan untuk berbuka puasa bersama keluarga bekas mentuanya, satu tradisi yang dilakukan setiap tahun.

"Setiap tahun saya wajib buka puasa dengan bekas mentua jadi ralat juga sebab belum dapat lakukan lagi tahun ini.

"Walaupun sudah tiada apa-apa, satu kemestian untuk kami kekalkan silaturahim.

"Apapun mereka faham keadaan saya yang sedang cari rezeki, harapnya sebelum raya sempat berbuka puasa beramai-ramai," jelasnya.

Untuk rekod, Sarah dan pengarah Syamsul Yusof pernah mendirikan rumah tangga pada 2014 sebelum sah bercerai pada 14 Jun 2023. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved